[KOMPAS] Awas! Waspada helah scammer

Kes-kes scammer yang semakin berleluasa dengan pelbagai taktik penipuan terkini seringkali menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini.

Kewujudan scammer ini menakutkan orang ramai dan apa yang lebih mengejutkan lagi, ia melibatkan penyamaran sebagai pihak berkuasa tempatan bagi mengaburi mangsa.

Siapa yang tidak teruja apabila ditawarkan dengan sesuatu yang lumayan, murah dan menguntungkan.

Persoalannya, adakah ianya benar-benar wujud atau hanya pancingan oleh sindiket penipuan? Bagaimanakah perkara ini berlaku dan apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya perkara ini terjadi?

Saksikan program bual bicara Kompas, ‘Awas! Waspada helah scammer’ pada Rabu, 12 Oktober 2022, jam 8.30 malam di seluruh platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian
#SinarUntukMalaysia
#MakUntukMalaysia
#SatuJariBebasRasuah
#MalaysiaTanpaRasuah
#TolakCalonKorup
#PilihanRayaTanpaRasuah